Pengikut

Selasa, 15 Mei 2012

Artikel Pembuatan Blog

Hello lads, gents, gays and lesbs sekalian. Aku ada dapat beberapa pertanyaan berkenaan dengan blog. Mostly, newbies datang dan tanya perihal blog. Terutama pasal apa yang patut ada di blog.

Ini adalah entri yang paling paling paling paling paling basic tentang cara untuk buat blog. Sebab, some of guys datang dan kata dia tak tahu apa-apa mengenai blog.

Kalau dulu, aku selalu kata worpress adalah best sebab boleh reply comment and etc. Sebenarnya, wordpress adalah best, tetapi hanya kalau korang nak buat domain sendiri. If not, then blogger (blogspot) adalah yang terbaik setakat ini. Lebih-lebih lagi, kalau korang agak baru memandangkan blogger adalah amat simple kalau nak di bandingkan dengan wordpress.

The Whole Template.


Okay, bagi korang yang baru belajar cara membuat blog, dan tak tahu nak ambil template / layout yang macam mana, korang boleh download je dari website-website yang cool. Korang boleh lepak di blog mamat ni untuk cari template yang best.

Selepas download extract keluar template (code script) tu guna winzip/winrar. Buka account blogger anda -> Dashboard ->Design -> Edit HTML then upload the code script -> Save Template.

Then tadaaa. Korang dah ada template sendiri.

Besarkan size ruangan blog entry post (post body)
Dan, antara soalan yang paling banyak yang aku dapat adalah pasal cara nak besarkan ruangan blog post which is ruangan entri anda di blog anda. Caranya, aku tak tahu pada asalnya, tapi bila aku belajar sendiri bila nak buat template baru warna hijau ni, aku terbelajar lah cara nak edit semua ni. Caranya:

Dashboard ->Design -> Edit HTML-> 'Tick' Expand Widget Template -> Tekan Ctrl + F (Ini akan aktifkan fungsi search di web brower anda- Juga boleh di gunakan di Microsoft Office) Tulis 'main-wrapper' tanpa koma atas.

Anda akan nampak seperti di bawah


Dari situ, cari dia punya width. Itu lah size blog post (post / entry body) anda. Kalau kita tengok, asalnya 500px.


Bila preview, ia akan jadi macam ni;



Aku tukarkan ke 1000px, ia akan jadi macam ni.


Dengan kata lain, just tukarkan ikut suka korang lah nak width berapa pun. Dan, pastikan ada ruang untuk sidebar.


Dan kalau korang nak ubah warna link, visited link dan hover (letakkan mouse di atas link), boleh search guna perkataan yang di dalam gambar bawah,


Then tukar dia punya colour. Kod-kod warna dia, korang boleh ambil di blog ini.

Begitu juga lah dengan fungsi quote dan sidebar. Korang boleh belajar discover sendiri. Dan kalau nak diikutkan, korang boleh ubah setiap benda yang ada di blog korang dengan satu syarat, korang kena faham bahasa kod. Tak payah belajar kat kelas pun apa. Belajar sendiri pun boleh. Main agak-agak dan main logik-logik je. Sebab, aku pun belajar sendiri dan selalu buat try and error. Aku berani belajar sendiri sebab HMTL codes ni, adalah semuanya based on logik. Ingat tu.

Tapi, sebelum try and error tu, pastikan korang buat back-up korang punya template dulu. Kang nanti template blog hancur, jangan nak salahkan aku.

Title tag improve SEO.
Apa itu SEO? Kalau dulu, aku tengok hampir setiap hari blogger-blogger tulis pasal SEO. Tapi sekarang, amat susah nak cari. SEO adalah Search Engine Optimization. Kalau SEO korang bagus, raking Alexa korang akan jadi bagus. Kalau SEO korang bagus, blog korang akan di penuhi dengan orang ramai yang search di Google, Bing dan Yahoo! Sebab, semakin tinggi SEO korang, semakin mudah lah blog korang nak di jumpai di ketika di search.

Cara paling mudah untuk improve SEO adalah dengan ubah dan letak Title tag.

Caranya, mula-mula

Dashboard ->Design -> Edit HTML-> 'Tick' Expand Widget Template -> Tekan Ctrl + F (Ini akan aktifkan fungsi search di web brower anda- Juga boleh di gunakan di Microsoft Office). Search untuk

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Bila dah jumpa, replacekannya dengan code di bawah;

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/></title>
</b:if>

Selepas dah replace tu, Save kan template.

Code ini akan membuatkan nama blog tidak akan di papar bila di search. Aku rasa, SEO makin bagus kalau kita buang kita punya nama blog. Lagi pun, tak kerasa nama blog tu akan buat ianya kacau SEO? Orang search tentang blog post, bukannya nama blog.

The Must Have


Apa yang wajib ada di blog anda;
Blog roll / Blog list - Senarai blog orang lain yang anda minat baca. Contohnya di blog aku, The Other Pretty Gay. Ianya penting supaya orang sedar akan kewujudan blog korang.
Google Connects (Followers) - Pelanggan tetap anda.
Chatbox - Shoutmix (Free dan ada banyak kelebihan berbanding chatbox lain. Ada IP address misalnya)
Label / Tag - Penting kalau blog anda best.
Iklan - Nuffnang - Kalau anda berminat nak cari sikit duit. (Perhatian, aku ulang SIKIT DUIT.)
Counter, Referrer / Tracker - Panting untuk korang tengok aktiviti trafik blog anda. Boleh tahu apa yang orang-orang di dunia ni search untuk sampai di blog anda.
Google WebMaster - Juga tracker. Penting untuk tengok trafik dan keyword dan trend blog anda.

The NOT TO
Apa yang tak patut ada di blog anda adalah;
Jam - Pembaca anda boleh tengok jam di sudut bawah kanan di PC dieorang. Melainkan kalau blog korang banyak porno sampai mereka terlalai sampai tak perasan waktu solat.
Oh, selebihnya, boleh dirujuk di SINI.

Macam mana / Bagaimana nak buat supaya orang tak boleh copy entry blog kita? 


Ya, antara masalah paling tak best bila kita buat entri yang agak best, adalah bila ada malaun tak tahu malu yang copy apa yang kita tulis. Kalu copy tak apa. Aku pun tak kisah, tapi, letak lah link ke blog yang korang copy. Kalau boleh, letak lah direct link. Ni tak, dah la copy orang punya, link tak letak. Selepas tu, buat macam dia punya. Aku pernah ada masalah ni. Ada sorang mamat ni. Dia buat note kat FB, tapi isi dia bulat-bulat entri aku. Aku dah lupa nama dia. Yang aku ingat, dia pakai baju melayu pastu muka bajet comel.

So, cara untuk prevent orang dari curi blog post korang adalah dengan;

Dashboard ->Design -> Page Element -> Add Gadget -> Add HTML/JavaScript -> Paste code di bawah -> Save.


<script language="JavaScript">
<!--
//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com
var message="Function Blocked";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){ alert(message); return false;
}
}
}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</script>
Selepas save, then bila view blog, korang dah tak boleh tekan kanan mouse sebab nanti dia akan keluar error tulis "Function Blocked". Korang boleh tukar perkataan ni kepada perkataan lain.

Atau pun, lagi mudah bila korang gunakan code di bawah.

Dashboard ->Design -> Edit HTML-> 'Tick' Expand Widget Template -> Tekan Ctrl + F -> Search untuk

<body>

Dan replace dengan

<body oncontextmenu='return false;' onkeydown='return false;' onmousedown='return false;'>

Kemudia, Save Template.

Code di atas akan membuatkan blog anda tak boleh di kanan klik, tak boleh di select (Highlight) dan tak boleh di Ctrl+C Ctrl V.

Okay dah. Semoga korang ada blog yang best

Tidak ada komentar:

Posting Komentar